Salam sejahtera Cannes Ong,
Soalan :
Tuan, Apakah kesalahan ejaan bagi ayat di bawah? 1. Kita tidak boleh terlalu taksub kepada seseorang itu walaupun dia berilmu. Apakah kesalahan tatabahasa bagi ayat di bawah? 1. Kebanyakan pusat membeli-belah akan mengadakan jualan murah sepanjang bulan Ramadan. Terima kasih.
Jawapan :
Kesalahan ejaan pada ayat pertama ialah “taksub”. Ejaan yang betul ialah “taasub”
Kesalahan pada ayat kedua ialah perkataan “pusat membeli-belah”. Perkataan yang betul ialah “pusat beli-belah”
Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka.
Untuk rujukan lanjut, manfaatkan di alamat http://www.dbp.gov.my atau prpm.dbp.gov.my

