Masalah Jerebu : Punca, Kesan Negatif, Langkah Mengatasi
Dalam mendepani realiti baru dunia yang pantas dan berkembang ini, masyarakat pada hari ini seringberhadapan dengan masalah jerebu yang bagaikan bangkaigajah yang tidak dapat ditutup dengan nyiru lagi. Fenomena jerebu ini seolah-olah telah termaktub dalamtakwim ramalan cuaca negara kerana telah acapkalimelanda negara kita. Masalah jerebu yang banyakmengundang kontroversi ini, sebenarnya disebabkan oleh beberapa punca, persis kata orang tua-tua , “ jikalau tiadaangin, masakan pokok bergoyang ”.

FAKTOR-FAKTOR
Faktor dominan yang menyumbang kepada masalah jerebuialah pembakaran hutan secara besar-besaran. Sebenarnya, keadaan cuaca di kawasan hutan hujan tropika memangterlalu panas sehingga boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan terbakar dengan sendirinya akibat suhumeningkat . Hal ini berlaku demikian kerana fenomenapemanasan global yang sedang berlaku di muka bumi ini. Di negara jiran kita, Indonesia pembakaran hutan seringberlaku kerana pihak Indonesia ingin membinainfrastruktur yang baharu seperti bangunan, sekolah dan lebuh raya. Hal ini mengakibatkan pembakaran hutansecara berleluasa. Apabila angin bertiup dari Sumatera keMalaysia, angin tersebut akan membawa jerebu bersama-sama ke negara kita. Natijahnya, udara kita semakintecemar sementelahan pula Indeks Pencemaran Udara di negara kita melebihi paras berbahaya. Oleh itu, pembakaran hutan akan menyebabkan asap dan debu sertabahan yang telah separuh bakar berterbangan di atmosferalalu berlakulah jerebu.

Seterusnya, masyarakat yang melakukan pembakaransecara terbuka tanpa kawalan juga menyebabkan keadaanjerebu menjadi-jadi. Pembakaran terbuka ini dilakukan oleh pihak yang ingin menghapuskan sesuatu seperti sampahsarap. Sesetengah rakyat negara pula melakukanpembakaran terbuka di belakang kawasan rumah merekasendiri. Mereka telalu malas untuk membawa sampah sarapmereka ke tempat pembuangan sampah atau pusatpengitaran sampah semula. Jadi, mereka telah mengambiljalan mudah dengan membakar sampah sarap mereka tanpakisah jika asap daripada pembakaran terbuka itu yang sedikit demi sedikit membawa kepada masalah jerebu. Ada pula sesetengah petani yang membakar jerami padi untukmembersihkan kawasan sawahnya sebelum melakukanpenanaman semula. Mereka tidak sedar bahawa asap daripembakaran ini tidak akan berada di suatu tempat sahajatetapi akan ditiup angin dan meliputi kawasan yang amatluas. Natijahnya, pembakaran terbuka ini melepaskan asap ke udara dan mengakibatkan jerebu.

Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya yang bagaikancendawan tumbuh selepas hujan juga telah mengakibatkanmasalah jerebu di Malaysia. Di Malaysia, terdapat 9.3 jutabuah kenderaan di jalan raya. Kenderaaan yang tidakdilengkapi pengubah pemangkin telah menyebabkan 16.2 tan karbon monoksida dan dua tan sodium dioksidadikeluarkan setiap hari. Kesesakan lalu lintas menyebabkankenderaan tidak bergerak tetapi mengeluarkan asap pencemar. Gas-gas pencemar ini merupakan bahanterampai yang memenuhi udara. Gas-gas yang dibebaskanpula tidak dapat dibebaskan ke atmosfera dan sebaliknyaterperangkap dalam lapisan bumi. Kejadian gas-gas yang terperangkap ini bagai selimut yang menutupi bumi. Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya akanmenyebabkan jumlah asap yang dikeluarkan dari paipekzos kenderaan meningkat dan berlegar-legar di atmosferadan terperangkap di lapisan ozon serta tidak dapat keluar keangkasa lepas. Hal ini menyebabkan udara menjadi tebaldan berlakulah jerebu di negara kita.
Selain itu, masalah jerebu juga berpunca daripada kegiatanindustri yang tidak terkawal. Hal ini berlaku demikiankerana sesebuah negara banyak bergantung pada bidangperindustrian yang mengaut keuntungan yang lumayandemi kemajuan negara. Malangnya, sikap pengusaha kilangyang bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing menyebabkan asap-asap dari kilang yang dilepaskan ke udara telah mencemarkan udara di negara kita. Mereka tidak sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan alat penapisan asap untukmenapis asap yang dikeluarkan dari kilang merekasedangkan asap-asap yang dikeluarkan ini mengandungisulfur dioksida dan nitrogen yang boleh mengakibatkanudara menjadi berjerebu. Situasi ini bertambah burukapabila ada pihak pengusaha kilang yang memasang corongasap yang terlalu rendah sehingga menyalurkan asap beracun ke udara. Pelepasan asap kilang yang tidakterkawal dan tidak mengikut prosedur tertentu akanmemburukkan keadaan jerebu di negara kita lagi.
