Masalah Jerebu : kesan

Masalah Jerebu :  Punca,  Kesan Negatif, Langkah Mengatasi

 

Dalam mendepani realiti baru dunia yang pantas dan berkembang ini, masyarakat pada hari ini seringberhadapan dengan masalah jerebu yang bagaikan bangkaigajah yang tidak dapat ditutup dengan nyiru lagi. Fenomena jerebu ini seolah-olah telah termaktub dalamtakwim ramalan cuaca negara kerana telah acapkalimelanda negara kita. Masalah jerebu yang banyakmengundang kontroversi ini, sebenarnya disebabkan oleh beberapa punca, persis kata orang tua-tua , “ jikalau tiadaangin, masakan pokok bergoyang ”.

KESAN NEGATIF

Antara kesan negatif yang disebabkan oleh jerebuialah kualiti udara negara kita akan terjejas. Udara negara kita yang segar dan bersih akan dipenuhi oleh debu dan asap setiap kali jerebu melanda sehinggalah jarakpenglihatan mendatar yang dahulunya sejauh 2 kilometermenjadi 50 meter. Sebagai contoh, pada bulan Ogos 2005, negara kita dilanda jerebu yang paling teruk dalam sejarahnegara kita, di mana Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang mencecah lebih 500 buat kali pertama di Malaysia sehingga daruratdiisytiharkan di kedua-dua kawasan tersebut, justeru segalaaktiviti luar tidak dapat dijalankan dan kebanyakan sekolah, pelabuhan dan kilang ditutup buat sementara. Oleh itu, sudah terang lagi bersuluhbahawa jelaslah jerebu bolehmendatangkan keburukan terhadap negara kita.

Jerebu juga boleh menyebabkan masalah kesihatanrakyat. Golongan yang lebih lemah seperti kanak-kanakdan warga tua mudah jatuh sakit. Hal ini berlaku kerana jerebu menyebabkan badan menjadi lemah dan imunisasisemakin rendah. Penyakit-penyakit selesema dan batukakan mudah merebak. Misalnya, pesakit-pesakit asma dan penyakit respiratori mudah diserang penyakit pernafasanlain. Hal ini berlaku kerana pernafasan mereka menjaditidak baik dan ditambah pula udara yang kurang bersihmaka kesihatan mereka akan mudah terancam. Dalamjangka masa yang panjang, kita juga mungkin akan sakitkerongkong, kegatalan kulit, kemerahan mata dan sebagainya. Dengan itu, jelaslah bahawa jerebu membawakesan negatif kepada kesihatan orang ramai.

Selain kemerosotan taraf kesihatan rakyatMalaysia, sektor ekonomi negara turut terjejasakibatkerenah jerebu yang berlaku di Malaysia. Tahappenglihatan yang rendah menyebabkan aktiviti luar disekatdan industri perikanan dan pertanian terpaksa dihentikandemi menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerja. Rakyat Malaysia yang terlibat dalam bidang perikanan dan pertanian terpaksa mencari alternatif yang lain untukmencari pendapatan buat sementara waktu. Apabilamasalah jerebu menjadi semakin meruncing, kesan negatifyang lebih serius akan timbul. Sumber pendapatan negara turut terancam akibat jerebu. Sumber pendapatan negeri-negeri yang berasaskan industri pelancongan seperti Sabah dan Sarawak akan merosot kerana industri pelanconganterjejas akibat jerebu. Para pelancong bukan sahaja daridalam negeri malah dari negara asing tidak akan melawatke Malaysia sekiranya jerebu masih berlaku di Malaysia kerana bimbang akan keselamatan dan kesihatan merekasemasa melancong ke Malaysia. Secara tidak langsung, ekonomi negara kita akan terjejas akibat jerebu.

Jika dilihat dari perspektif lain, masalah jerebu dapatmenjejaskan flora dan fauna di negara kita. Apabila jerebuberlaku, kandungan karbon dioksida berlipat gandadaripada kandungan yang biasa, sebaliknya kandunganoksigen akan kurang daripada yang biasa. Hal ini akanmenyebabkan tanaman akan mengambil masa yang lebihlama untuk membesar. Kualiti dan hasil tanaman juga akanmerosot. Hal ini disebabkan oleh proses fotosintesis yang terjejas akibat kandungan karbon dioksida yang berlebihan. Proses pernafasan yang melibatkan penyerapan gas oksigendan pembebasan gas karbon dioksida ini menyebabkantumbuhan hijau tumbuh dengan lebih lama. Misalnya, pokok balak akan mengambil masa yang lebih panjanguntuk matang. Secara tegasnya, hasil dan kualiti pertanianboleh terjejas sehingga 30 peratus. Sumber petani akanturut terjejas sekali gus ekonomi negara yang bergantungpada pertanian turut terjejas. Bagi fauna pula, hidupanakuatik akan terjejas kerana kandungan oksigen yang terlarut dalam air pula akan berkurang dan hidupan akuatikseperti ikan-ikan tidak akan mendapat oksigen yang secukupnya. Jelaslah bahawa masalah jerebu akanmenjejaskan flora dan fauna negara.

Comments are closed.

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from MASTERTUITION

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading